KULIM: Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan menyayatkan hati apabila rentung 100 peratus di dalam sebuah parit di kawasan belukar di Jalan Padang Meha-Batu Puteh, Sungai Karangan, dekat sini, malam kelmarin.
Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya ditemui dua lelaki yang memikat burung jam 10 malam sebelum memaklumkan polis untuk tindakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, dua lelaki berkenaan dikatakan pergi ke kawasan itu untuk memikat burung sebelum...